Sunday, February 5, 2012

Comelnye..

Hahaha. Tengok tajuk pun dah nak tergelak. Tapi ini bukan post lawak tau. Just nak share, selama saya dok tengok movies la kan, kerap juga saya nampak beliau ini berlakon tapi saya tak pernah tau pun nama beliau. Memang saya akui, dia sangat comel bagi saya. Hee. Baru-baru ini ada juga keluar media yang mengatakan bahawa muka beliau seiras dengan Katy Perry. Siapakah beliau yang saya maksudkan ini??


Beliau yang saya maksudkan adalah Zooey Deschanel. Wohoo!! let me explain a little bit about her. Beliau lahir pada 17 Januari 1980 (dah tua rupanya. Ingatkan sebaya. Hee) and of course she is american. Saya suka watak-watak yang dimainkan beliau. Beliau macam 'cute-cute' sedikit. Hahaha. Beliau memang tak kurang hebatnya kerana berjaya dicalonkan untuk beberapa anugerah atas lakonan-lakonan mantap beliau. Antara anugerah yang beliau pernah dicalonkan adalah :
1. Chlotrudis Award for Best Actress (All the Real Girls, 2004)
2. Independent Spirit Award for Best Female Lead (All the Real Girls, 2004)
3. Golden Globe Award for Best Actress - Television Series Musical or Comedy (New Girl, 2011)


Beliau juga pernah memenangi sebuah anugerah buat diri beliau iaitu Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem 'Mar del Plata' juga menerusi filem All the Real Girls pada tahun 2003 (HEBAT!!).


Mungkin anda pun pernah melihat beliau menerusi filem-filem lakonan beliau seperti All the Real Girls (2003), The Hitchhiker's Guide to the Galaxy (2005), Bridge to Terabithia (2007), The Happening (2008), Yes Man (2008), Your Highness (2011) dan macam-macam lagi. Beliau juga turut menyumbang suara dalam 2 filem animasi terkenal iaitu Surf's Up (2007) dan The Simpsons (2008). Tak lupa juga, pada tahun ini beliau telah diambil berlakon untuk drama bersiri "New Girl". Selain daripada berlakon, beliau juga berbakat dalam bidang nyanyian dan penulisan lagu. Ini terbukti apabila lagu buatannya yang bertajuk "So Long" telah tercalon untuk bertanding pada Anugerah Grammy pada tahun ini.


Kini barulah saya tahu serba sedikit mengenai diri beliau yang dahulunya hanya saya kenali melalui raut wajahnya sahaja. So, I Think that's it for now. you can google about her if you want to know her more. Hee.


Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Zooey_Deschanel


 

No comments:

Post a Comment